Thursday, March 26, 2009

Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.

Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.

Assalamualaikum dan salah sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap semuanya sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009. Semoga tahun 2009 membawa lebih banyak rezeki kepada kita.

Untuk pengetahuan anda semua, apabila tirai 2009 dibuka, terdapat 2 berita menarik yang dipaparkan di akhbar tempatan berkenaan pelaburan emas. Satu berkenaan penipuan syarikat yang menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas dan yang kedua ialah berkenaan Etika Emas.

.1. Harian Metro 3 Januari 2009

Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang: 53 pelabur berputih mata.
(Klik untuk baca kat Harian Metro Online)

Klik untuk besarkan

2. Berita Minggu 4 Januari 2009

Tajuk: Simpan emas lebih untung: Etika Emas tawar skim simpanan emas
yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan.
(Klik untuk baca kat Berita Harian Online)


Klik untuk besarkan

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:

1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan diantara ketiga-tiga perkara diatas.

Pelaburan emas.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia.

Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:

1. Membeli emas fizikal
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)

Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan. Untuk maklumat lanjut sila refer posting ini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/anugerah-juara-pelaburan-emas-2008-musim-pertama/

Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.

Skim Pelaburan Emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

Untuk artikel ini, saya tak fokus kepada mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Kalau nak tahu, better saudara refer kat forum jutawanemas di sini:

http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/

Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.

Oh ya! Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen ataupun forum. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama.

Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:

Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?

3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.

4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost - setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko.
Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

Faktor risiko.

Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.

Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.

Anda boleh rugi besar :(

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Ok, last sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:
.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan

6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

Kesimpulan:

Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.

Dengan memahami 3 jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh joint dan yang mana satu perlu dielakkan.

Jika anda ada maklumat berkenaan syarikat yang menawarkan pelaburan emas, sila kongsikan di bahagian komen dan juga forum jutawanemas.com

Terima kasih.

2 comments:

  1. Bermacam-macam skim yang ada tapi perlu berhati-hati supaya tak tertipu

    ReplyDelete
  2. Hello, Saya Puan Heather White, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails