Thursday, March 26, 2009

Tatacara Gadaian

Tatacara Gadaian di Agrobank








Skim Ar-Rahnu


Bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan iaitu pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000. Pinjaman yang diberi hendaklah bercagar. Cagaran yang diambil adalah barang kemas. Barang kemas ini disimpan oleh Bank berdasarkan Al-Wadiah Yad Dhamanah dan dijamin keselamatannya. Barang kemas yang disimpan dikenakan sedikit upah (Al-Ujrah).

Kelayakan

Terbuka kepada semua individu atau bukan individu warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.

Had Kemudahan/Gadaian

Maksimum RM50,000 @ RM10,000 / hari
Minimum RM100

Tempoh Kemudahan/Gadaian

6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).

Jenis Barang Gadaian

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :

Rantai,Subang,Cincin,Gelang tangan dan Gelang kaki,Kerongsang ,Lain-lain
Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank

Kadar Upah Simpan
Penebusan Gadaian

Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.

Lanjut Tempoh Gadaian

Bawa Surat Akuan Gadaian dan bayaran upah simpan

Kehilangan Surat Akuan Gadaian

Bawa surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan salinan Surat Akuan Gadaian akan diberikan tanpa caj tambahan.

Maklumat lanjut sila rujuk website di sini

Tatacara Gadaian di Bank Rakyat


Gadaian di Bank Rakyat terbahagi kepada 2 jenis skim
a) Gadaian Ar Rahnu (Sekiranya jumlah pinjaman di bawah RM 5,000.00)
b) Gadaian Az Zahab (Sekiranya jumlah pinjaman RM 5,001.00 hingga RM 50,000.00)

1) Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
2) Tidak Muflis
3) Menggunakan konsep Al wadiah dan Qardul Hassan
4) Emas yang diterima adalah 18k-24k

a) Gadaian Ar rahnu:
a)Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
b)Tempoh pembayaran sehingga 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun tempoh pembayaran boleh di tangguhkan sehingga gandaan 6 bulan dengan syarat upah simpan perlulah di jelaskan.
c)Setiap barangan yang disandarkan tidak boleh melebihi nilai RM 5,000.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 25,000.00.

b) Gadaian Az-Zahab
a)Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
b)Setiap barangan yang disandarkan tidak melebihi nilai RM 5,001.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 50,000.00.
c) Pembayaran balik pinjaman adalah selama 36 bulan atau secara lumpsum dalam tempoh 6 bulan.
Jadual upah simpan yang dikenakan setiap pinjaman yang diberikan adalah seperti berikut:

Sumber:
http://www.bankrakyat.com.my/arrahnu
http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/azzahab

Tatacara Gadaian di Ar Rahnu-Skim Mikro Kredit






1. Perkhidmatan ini dibuka kepada semua individu atau bukan individu permastautin yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Jumlah pinjaman sehingga 60% dari nilai barang sandaran (marhun).

3. Barang-barang sandaran (marhun) yang terdiri daripada barang-barang emas sahaja diterima.
4. Penggadai dikenakan upah menyimpan barang gadaian (marhun) dengan kadar sebagaimana berikut:


5. Gadaian dikira sah dan sempurna (Ijab & Qabul) apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani surat gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.

6. Tempoh gadaian adalah selama enam bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh gadaian mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak sehingga 6 bulan lagi.



7. Jika penggadai gagal menebus, Ar Rahn akan mengeluarkan “Notis Lelong” sebelum menjual marhun secara lelongan oleh pelelong berlesen.

8. Baki harga lelong akan dikembalikan kepada penggadai, sesudah ditolak jumlah hutang, upah, kos.

1 comment:

  1. Hello, Saya Puan Heather White, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails