Saturday, July 24, 2010

Citibank sasar pelaburan emas

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

zmohamed@bharian.com.my

Pelancaran produk terbaru dijangka bantu tingkat perolehan

CITIBANK Bhd menjangkakan segmen perniagaan pelaburannya akan berkembang sekurang-kurangnya 20 peratus tahun ini, didorong oleh pelancaran produk terbarunya yang membolehkan pelanggan melabur dalam emas menerusi tiga mata wang utama dunia.
Ketua Bahagian Peruncitannya, Paul Hodes, berkata produk inovatif itu juga dijangkakan mengukuhkan lagi kedudukan Citibank sebagai tiga peserta utama dalam industri pengurusan kekayaan di negara ini.
Beliau berkata, produk Emas Berbilang Mata Wang itu juga disasarkan membantu pertumbuhan dua angka bagi bilangan pelanggan Citigold yang ketika ini lebih daripada 30,000 pelanggan.

“Pelancaran produk ini antara strategi Citibank menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan inovatif menyeluruh kepada lebih 10,000 pelanggan Citigold dan Citibanking, bagi memberikan mereka pilihan mempelbagaikan portfolio pelaburan.

“Justeru, kami yakin mampu mengekalkan pertumbuhan 20 peratus atau lebih bagi perniagaan pelaburan Citibank seperti tahun lalu, terutama dengan keadaan pasaran yang kini lebih baik,” katanya pada sidang media selepas melancarkan produk terbaru Citibank itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Pasaran Konsumer Citibank, Fabio Fontainha.
Citibank mempunyai pelbagai rangkaian produk pelaburan dan pengurusan kekayaan merangkumi unit amanah, pelaburan berkaitan pasaran, dana pasaran kewangan dan bon.

Mengenai produk terbaru itu, beliau berkata pelabur boleh melabur secara elektronik ke dalam emas yang mana akaun berkenaan boleh ditukar kepada mata wang Amerika Syarikat (AS$), Australia (AUD) dan Euro (EUR).

Katanya, dengan tawaran inovatif itu, pelanggan berpeluang sama ada melabur secara langsung dalam emas atau memilih untuk memasangkan mata wang dengan emas untuk memperoleh faedah.

“Pelanggan Citibank kini boleh membuka akaun emas untuk membolehkan mereka melabur secara langsung dalam logam berharga ini tanpa perlu memiliki emas dalam bentuk fizikalnya,” katanya sambil menambah ketika ini, semua akaun emas hanya dalam dolar AS atau Ringgit Malaysia (RM) sahaja.

Hodes berkata, pelabur boleh memilih untuk melabur dalam Akaun Emas Citigold yang melabur terus ke dalam emas atau Akaun Dwi Matang Wang Citibank jika ingin menerima kadar faedah lebih tinggi berbanding simpanan tradisional. Pelaburan minimum adalah RM5,000 atau yang setara.


****************************
Lagi pelaburan emas tanpa bersandarkan kepada fizikal emas, kali ini menggunakan tiga mata wang dunia.

Tuesday, July 20, 2010

The rise and rise of gold - Business Magazine

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

Artikel diambil daripada majalah Business berkenaan kenaikkan emas akan datang.
Dalam pasaran kewangan, pelabur dilihat memiliki emas lebih kepada matlamat untuk mengekang inflasi. Kenaikkan mendadak harga emas dilihat setiap kali berlakunya krisis ekonomi.


Tuesday, July 13, 2010

BLR Rate : Effective from July 2010

From: bebas hutang

This is the new BLR rate effective from July 2010 following to the increment of OPR by 25 points as announced by Bank Negara Malaysia on 9 July 2010. Most of the banks have increased their BLR by 25 points, to 6.30% effective from 13 July 2010.

(Click the picture to enlarge)

* Tahun 2010 ni kita menyaksikan sudah 3 kenaikkan BLR.

Tuesday, July 6, 2010

A stronger dollar usually weakens the gold.

The indicators turned lower with the recent weakness in the gold price. Longer term remains negative as price remains below the all time high of $1,264 hit in in the past month - the gold price is heavily influenced by the U.S. Dollar which has been stronger in the past 2 months. A stronger dollar usually weakens the gold.

More news

Related Posts with Thumbnails