Wednesday, June 3, 2009

Kenaikkan Spread Dinar Kelantan

Spread Dinar Emas Kelantan sudah berubah mulai 01 Jun 2009, tidak lagi tetap (fix) seperti sebelumnya. Apa yang saya dapat dilihat, sudah dua hari web dinarkel memaparkan perubahan kepada spread. Ada diantara rakan-rakan emas telah menghubungi Ar-Rahn berkenaan perkara ini dan pihak Ar-Rahn sendiri tidak dimaklumkan akan kenaikan spread ini dari Permodalan Kelantan Berhad. Mereka hanya menerima fax harga jualan / belian balik setiap hari.

Sila lihat harga jualan / belian balik Dinar Emas Kelantan pada hari ini 02 Jun 2009

DINAR

SELLING

BUYING

Spread

%

2 Dinar

958.80

854.50

104.30

10.88

1 Dimar

485.90

433.30

52.60

10.83

½ Dinar

248.90

222.20

26.70

10.73

¼ Dinar

131.00

117.20

13.80

10.54

Tuesday, June 02, 2009


Bagi peminat-peminat Dinar Emas Kelantan, sudah tentu akan merasa sedikit kekecewaan diatas perubahan ini. Kenaikan spread yang tinggi, melebih 100%. Sila lihat perbandingan spread sebelum dan selepas.


DINAR

SELLING

BUYING

Spread

Sekarang

Spread

Dahulu

Kenaikan

Spread

2 Dinar

958.80

854.50

104.30

40.00

64.30

1 Dimar

485.90

433.30

52.60

20.00

32.60

½ Dinar

248.90

222.20

26.70

10.00

16.70

¼ Dinar

131.00

117.20

13.80

5.00

8.80


Bagi peminat Dinar Emas Kelatan yang menjadikan dinar sebagai koleksi, mungkin akan meneruskan usaha mereka untuk menyimpan beberapa keping dinar, kenaikan itu tidak menjadi masalah bagi mereka sebagai penyimpan / penggemar dinar.


Bagi mereka yang menjadikan dinar sebagai pelaburan, sudah tentu kenaikan spread ini mesti diambil kira. Bagaimana seorang pelabur boleh membuat keuntungan jika spreadnya tinggi. Sudah tentu mereka akan beralih kepada dinar atau emas lain yang spreadnya lebih rendah, mithalnya Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion dari OUB atau Kijang Emas dari Maybank dan juga dinar dan emas dari Public Gold / Public Dinar.


Dengan kenaikan spread Dinar Emas Kelantan, akan memberi manafaat kepada pengeluar-pengeluar emas yang lain, terutama bagi Public Gold / Public Dinar yang mempunyai dealer's diseluruh Malaysia. Apa yang menarik tentang Public Gold ialah pelanggan boleh berurusan dengan dealer PG walau pun diwaktu malam. Harga jualan / belian balik Public Gold di update 24 jam.


sumber drp blog cdanhash

4 comments:

  1. ngok sungguh Permodalan Kelantan nih...

    ReplyDelete
  2. so..melaburlah dalam public gold
    speard dia cuma 5%-6% sahaja...best kan?


    pokli77.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. sekiranya Permodalan Kelantan Berhad tetap dengan pendiriannya dengan menurunkan harga jualan balik yang mengakibatkan spread yang tinggi, para pelabur akan beralih ke institusi yang lain... tidak mustahil Ar-Rahn akan menerima nasib yang sama sebagaimana dinar Islamic Gold Dinar (IGD)

    ramai pelabur merasa kecewa dan seolah2 tertipu dengan kenaikan spread ini... kerana mereka menyimpan sejumlah stok yang banyak....

    ReplyDelete
  4. Aku terkeciwa seh...

    Apakah rasionalnya Permodalan Kelantan Berhad menurunkan harga jualan balik tersebut?

    Bagaimana pula dengan Public Dinar, ada jaminan ke yang Public Dinar akan fix dia punya spread?

    Sila tunjuk ajar.

    Prince

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails