Tuesday, November 10, 2009

Siri Bijak Wang TV3 - Pelaburan Emas

Baru2 ini saya ada menyaksikan siri Bijak Wang di TV3, antara topic yang dibincangkan adalah pelaburan emas.

Sebelum ini banyak juga siri Bijak Wang tersebut keudara tetapi apabila topic emas, ini sudah menjadi minat saya.

Antara isi penting yang saya ingat ialah:

1. Perbandingan yang dibuat di antara ASB iaitu 8% tetapi sejak 5 tahun kebelakang ni, harga emas semakin melonjak naik sehingga 250%. Purata kenaikkan setahun emas adalah sebanyak 50%.

2. Sekiranya anda mengikuti pergerakkan harga emas ianya berlegar2 antara +-USD1100. Bekas Pengerusi BSKL pula meramalkan kemungkinan harga emas akan mencecah USD2000

3. Salah satu cara untuk menjatuhkan nilai USD adalah jika semua masyarakat antarabangsa mula melakukan urusniaga dlm bentuk emas dalam jual beli dan import eksport.

4. Emas dalam bentuk wafer mengandungi 99% ketulenan berbanding jongkong emas. Oleh itu digalakkan membeli emas yang tinggi ketulenannya.

Banyak kelebihan yang boleh didapati daripada emas ini selain drp di atas. Kelebihan kepada sesiapa yang dapat mengesan atau mempelajari pergerakkan harga emas seperti TA(Technical Analysis) & FA(Fundamental Analysis)


Rancangan Bijak Wang – TV3 Siaran Tayangan 7 November 2009 PDF Print E-mail

Rancangan Bijak Wang - TV3 Siaran Tayangan 7 November 2009

November 8th, 2009

Tetamu Jemputan ialah Dato' Mohd.Salleh Bin Abdul Majid - Bekas Presiden BSKL.

Antara intipati dari Rancangan Bijak Wang pada malam semalam.

Dalam ruangan Bijak Wang di TV3 pada 8 November 2009.

Beliau menyatakan bahawa pada kenaikan emas sejak 5 tahun lepas hingga sekarang ialah sebanyak 250%. Ini bermakna kenaikan purata setiap tahun ialah 50%. Anda semua bolehlah membuat perbandingan dengan skim-skim pelaburan yang terdapat di Malaysia. Adakah berbaloi jika anda melabur dalam emas? Ya, sudah tentu.

Harga emas dunia pada hari ini mencecah kepada USD1100/oz. Jangkaan emas akan meningkat dengan mendadak sekali pada masa terdekat ini. Jangkaan harga tersebut bukan USD1300/oz, bukan USD1600/oz malahan mencecah kepada USD2000/oz. Hal ini berlaku kerana banyak negara telah membeli beribu-ribu tan dari IMF. Termasuklah China dan India. Jadi, adakah kita nak tunggu lagi harga emas jatuh mendadak? Saya berani kata tidak mungkin ia jatuh mendadak.

Beliau juga menyatakan bahawa setiap pelaburan mempunyai risiko. Tetapi tidak perlu fikir risiko ketika membuat pelaburan dalam emas. Beliau juga memesan kepada para penonton supaya jika anda mempunyai perhiasan emas dalam simpanan anda, maka anda tidak perlu menukar emas tersebut kepada perhiasan emas yang baru. Ini kerana akan merugikan semula kepada kita. Contohnya jika kita mempunyai gelang tangan yang dibeli pada tahun 1999. Pada ketika ini tahun 2009 anda merasakan rekabentuk gelang tangan tersebut telah ditelan zaman. Jadi anda merasakan untuk tukar kepada gelang yang baru.

Kaedah membuat pertukaran emas yang baru tersebut sebenarnya adalah rugi. Ini kerana pihak kedai emas akan membeli barang kemas yang kita ada dengan harga diskaun yang sangat tinggi. Boleh mencecah sehingga 20%-40% dari harga semasa. Jadi ini akan menyebabkan barang kemas tersebut telah susut nilai. Jika kita ingin membeli barang kemas yang baru pula, anda sebenarnya akan mengalami kerugian sekali lagi. Kerugian yang tidak langsung ini sebenarnya berlaku apabila kita membeli, penjual akan membuat tambahan caj ‘upah buatan' rekabentuk emas tersebut. Jika harga asal gelang emas tersebut ialah RM1000.00 pada harga emas semasa, apabila dikenakan ‘upah buatan' kemungkinan harga gelang emas tersebut telah mencecah RM1100.00. Itu secara tidak langsung. Walhal peniaga kedai barang kemas tersebut telah mengambil untung yang sangat tinggi kerana beliau telah menjual stok lama kepada para pelanggannya.

Pergantungan kepada nilai matawang USD juga akan merudum selepas ini kerana banyak negara telah memilih untuk mula berurusniaga dalam emas. Walaubagaimanapun negara US tidak terlalu bimbang kerana mereka boleh sesuka hati mencetak wang mereka ketika nilai matawang mereka sedang susut. Tetapi dengan adanya emas, kita tidak lagi bergantung nilai matawang kepada US.

Oleh yang demikian, jika anda berhajat untuk membuat sedemikian, anda bertukarlah kepada melabur dengan membeli jongkong emas.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails