Tuesday, March 31, 2009

Gold Price Forecast

Assalamualaikum Wbth,

Menurut forecast daripada sumber (http://www.forecasts.org/gold.htm) harga emas akan menurun seperti di jadual bawah.
Dengan rujukan ini pembaca boleh tahu kedudukan harga emas dunia samada berada di bawah ataupun di atas.


London Fix. US Dollars per troy ounce.
Month Date Forecast
Value
50%
Correct +/-
80%
Correct +/-
0 Feb 2009 943.2 0 0
1 Mar 2009 921 50 112
2 Apr 2009 913 62 138
3 May 2009 904 70 156
4 Jun 2009 901 76 170
5 Jul 2009 865 81 182
6 Aug 2009 822 86 192
7 Sep 2009 773 90 201
8 Oct 2009 747 93 209
Updated Friday, March 13, 2009

Gold Prices

Past Trend Present Value & Future Projection
London Fix. US Dollars per troy ounce.
Gold Prices

Sunday, March 29, 2009

AWAS! Topeng baru Skim Cepat Kaya!!

Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.

Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah…bukan main lagik!

Bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah… dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata “Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..”.
Sahabat… sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah “Nak buat macamana… ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena…” Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata “Nak buat macamana… aku pun kena tipu juga…”. Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?
Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe. Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan 'perniagaan sah' yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.
Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:
Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah… kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi.
Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar RM500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, RM5000 dan u akan dapat post dated cheque RM9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla…
Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni….??! Hehehehe. Fikir balik!!
Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan “Syarikat pernah keluar surat khabar” bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.
1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)
2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.
3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, “Jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?”
4) Jika mereka kata “Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..”. Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut…. kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut… malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut… dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah… yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah… sebangsa dengan kita… kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?
5) Jika ditanya berkenaan isu LEGAL, kebiasaannya mereka akan mengambil petikan dari akta AJL seperti;
Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:
“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”
Tetapi bila ditanya company ni ada lesen AJL tak? Dia pun cakap “Ooo.. company kita actually tak termaktub bawah akta AJL sebab kita lebih kepada trading bla… bla.. bla…” Pulok doh!
6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang 'jalan keluar' mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan 'overpaid' kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama… tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut 'Sempat' untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?
Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya. Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah… yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. “Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr”. Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; “Ini halal maa.. daging ayam!”. Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.
Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan orang yang lebih arif seperti Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Di sini saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.
Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit…
** Copylah artikel saya ini dan publishkan dalam blog anda atau forwardkan ke email rakan-rakan serta saudara mara kita supaya sama-sama kita membantu menyebarkan mesej ini kepada yang lain

Friday, March 27, 2009

Peluang Keemasan Untuk Anda Menjadi Agen Public Gold

Thread ini saya tutup memandangkan saya dapati harga untuk emas Kijang & UOB paling murah berbanding dengan Public Gold.
Walaubagaimanapun sekiranya emas Kijang & UOB kehabisan stok saya mencadangkan pembelian emas Public Gold.

Bukti analisa harga emas di sini
Anda juga boleh membeli emas di Maybank & UOB untuk emas fizikal atau boleh membeli daripada saya dengan sedikit upah rujuk sini harga mengikut website Maybank & UOB + kos sebanyak RM50


Sumber blog Jutawan Emas

peluang_keemasan_menjadi_agenAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca semua? Harap sihat sejahtera adanya…

Sebenarnya ada satu perkara yang sangat mengembirakan yang perlu saya kongsikan bersama anda.

Public Gold kini telah menawarkan peluang kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan.

Saya berpendapat peluang yang ditawarkan ini adalah sangat menarik dan perlu direbut secepat mungkin.

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Namun modal yang diperlukan adalah tinggi, sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat menjadi menceburi business emas ini, walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM30,000.

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima. Sekarang, dengan modal RM30,000 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri. RM30,000 tersebut adalah untuk belian stok emas Public Gold, contohnya gold bar 100 gram, gold bar 50 gram, gold bar 20 gram, dinar emas 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.


Sila lihat surat tawaran Public gold di bawah :)








Klik untuk besarkan

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat rendah bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu diambil.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual produk-produk keluaran Public Gold seperti:

1. Gold Bar 20 gram
2. Gold Bar 50 gram
3. Gold Bar 100 gram
4. Gold Coin 50 gram
5. Dinar Emas (1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar)

Kesemua produk Public Gold adalah emas pelaburan. Senang dijual. Very hot item :)


Gold Bar 20 gram, 50 gram dan gold coin 50 gram

dinar_specs1
Dinar Emas 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas
pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas.
Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% - 6% adalah sangat kecil.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan
beratnya tetap sama. Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold nie.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order
daripada Public Gold. Tak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat. Jadi senang nak buat promosi.

pamplet
Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Target Jualan Bulanan.

Bagi agen yang baru dilantik, terdapat target jualan bulanan iaitu RM20,000 sebulan. Ini untuk memastikan agen-agen yang dilantik memberikan komitmen di dalam business ini, bukan semata-mata hendak membeli emas dengan harga diskaun. Bagi saya, sales RM20,000 sebulan memang mudah tercapai jika berusaha sedikit.

Kesimpulan.

Ini adalah satu peluang yang sangat baik. Jika anda mempunyai modal RM30,000 dan juga keinginan untuk mencari perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang baik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, namun ini adalah peluang bagi anda untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana. Anda untung, mereka pun untung.

Jika berminat, hubungi saya.

Jika anda berminat menjadi agen Public Gold walaupun anda tidak dapat menyediakan modal sebanyak RM30,000, anda boleh hubungi saya dengan menghantar pertanyaan ke email mfa011@yahoo.com ataupun letakkan di bahagian komen. Saya amat gembira sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad

Adalah ingin di maklumkan bahawa mesyuarat perjumpaan AJK-AJK penaja Koperasi Usahawan Emas Malaysia Berhad (KUEMB) akan di adakan pada :

Tarikh: 28hb Mac 2008 (Sabtu)
Masa: 11 pagi
Lokasi: Kajang (Stesen Pusat Bas Kajang-ofis AJK)
No 50, Jalan Perhentian Kajang 2 Off Jalan Reko,43000 Kajang Selangor.


Kehadiran AJK-AJK penaja adalah di wajibkan.
Kehadiran orang ramai adalah di alu alukan. Keahlian dibuka.


Peta Lokasi



E-Tuition dengan Score A

Students Score A - Parents Score RM………….


Assalamualaikum kepada semua pembaca Idea Business,

Saya juga telah menjadi distributor E-Tuition Score A dan petikan dibawah adalah testimoni kejayaan yang telah dibuat oleh E-Tuition tersebut.


Nama saya ialah Rahman Yassin.

Saya boleh membantu anak anda supaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Saya yakin kesemua ibu bapa mahukan anak mereka mendapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang bukan? Jika jawapan anda ialah ya, baca cerita saya sampai habis…


Apa yang saya ceritakan adalah pengalaman saya sendiri. Apabila saya melihat sendiri keberkesanan program score A ini, maka saya betul-betul mahu membantu ibu bapa lain seperti saya. Saya amat gembira jika ilmu yang saya dapat ini dapat dikongsi dengan ibu bapa yang lain.


Semasa peperiksaan percubaan PMR tahun 2008, anak saya cuma mendapat keputusan 1A 5B 2C. Bagi saya keputusan berkenaan amat mengecewakan bagi pelajar asrama penuh. Tetapi 2 bulan sebelum peperiksaan sebenar, saya telah diperkenalkan rakan saya program tuisyen online score A. Kawan saya cakap kaedah pembelajaran score A direka khusus untuk memudahkan pelajar score straight A.


Pergh! Begitu yakin kawan saya dengan program Score A nie.


Memandangkan tempoh peperiksaan anak saya tinggal lagi 2 bulan, saya fikir “why not give this program a try


Saya pun terus melanggan program score A nie. Keadaan anak saya sebenarnya begini…..walaupun beliau bersekolah asrama penuh, namun pencapaian akademaik beliau tidak berapa memberansangkan. Keadaan ini amat merisaukan saya sehingga saya terfikir tidak mungkin anak saya mampu mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Saya tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk membantu beliau.

Setelah melanggan program score A, setiap hujung minggu saya akan ke Seremban memantau pelajaran anak saya dengan membuat ulangkaji menggunakan program score A. Saya tumpukan dengan membuat latih tubi past year paper PMR yang terdapat dalam program score A, hasil kompilasi dari tahun 1993 hingga terkini.

Dalam program score A terdapat modul e-Topic. Bilamana anak saya tidak dapat jawab dengan betul ketika membuat latihan
past year paper PMR, saya buka modul e-Topic dan buat ulangkaji @ latih tubi topik yang beliau betul-betul lemah. Hasilnya, saya dapat melihat peningkatan yang ketara bilamana anak saya menunjukkan kemajuan dimana setiap latihtubi seterusnya purata markah yang di perolehi ialah 85%.

Di minggu terakhir sebelum peperiksaan PMR sebenar saya sendiri sudah dapat merasakan anak saya boleh berjaya dengan cemerlang, Insyaallah. Kalau saya sudah ada rasa yakin, anak saya lebih lagi kerana beliau telah biasa didedahkan dengan bentuk soalan peperiksaan sebenar Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Akhirnya, dalam tempoh 2 bulan sahaja menggunakan program score A ini, anak saya mencatatkan peningkatan yang sangat ketara.


Hasilnya: PMR 8A Straight!


Saya pasti keputusan seperti ini akan membanggakan setiap ibu-bapa. Sebab itulah saya begitu bersemangat nak bercerita tentang program score A kepada anda.



Sekarang giliran anak anda pula mengecapi kejayaan yang sama dan saya yakin anak anda pasti BOLEH dengan program Score A.


Kenapa Score A?


Banyak sebab saya sendiri begitu tertarik dengan kaedah pembelajaran online program score A ini. Pertama sekali ianya memang sangat interaktif dan tidak membosankan pelajar.

Selain itu dengan e-Report Card yang terdapat didalam Score A, anda boleh melihat sendiri dan memantau kemajuan anak anda setiap hari dimana saja anda berada. Anda boleh ‘zoom in’ topik dan corak soalan yang bagaimana anak anda benar-benar lemah. Setelah mengenal pasti kelemahan anak anda, seterusnya tumpukan latihtubi topik berkenaan dengan menggunakan modul e-Topic. Insyaallah anda akan dapat melihat peningkatan anak anda dan kesediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin.

Selain itu, portal score A turut menghantar SMS kepada ibu bapa, memaklumkan keputusan setiap game/latihan/peperiksaan (sms report card).


Testimoni


Testimoni-testimoni pelajar yang telah menggunakan program dan berjaya memperolehi keputusan “Straight A” boleh didapati dengan melayari website Program Score A di http://www.scorea.com


Pengiktirafan…dari Menteri Pendidikan Malaysia

Majlis perasmian perlancaran Score A Programme oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein.

Puan Sabariah Hassan
Seorang guru dan juga ibu kepada Nur Amalina Che Bakri,

Pelajar cemerlang 17A SPM

“Saya berasa rugi sangat sebab Amalina tak berkesempatan menggunakan Score-A Programme, kalau nak beli buku dari tahun 1 hingga ke tingkatan 3 memang banyak belanja, lagipun buku tidak dapat menyatakan kesalahan dan kelemahan anak kita. Saya sebagai seorang guru berpendapat semua pelajar wajib menggunakan Score-A Programme™ kerana ia meliputi semua kurikulum sekolah.”

Puan Rokiah Alias

Educationist / Bekas Pengetua Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan penerima anugerah Pengetua cemerlang selama 8 tahun berturut - turut. Kolej Tunku Kurshiah pernah beberapa kali dianugerahkan sekolah terbaik seluruh negara di dalam peperiksaan - peperiksaan utama.

Saya pada mulanya agak cemburu dan juga sangsi dengan dakwaan Score A Programme mengenai keberkesanannya. Oleh itu, saya dengan sendirinya telah melawat sekolah-sekolah yang menggunakan Score A Programme bagi menyelidik hal yang sebenarnya. Hasil daripada lawatan- lawatan tersebut, saya sebetulnya mengakui dan mengesahkan ketulenan keberkesanan Score A Programme. Bagi saya, Score A Programme adalah pelengkap kepada sistem pendidikan negara. “


Secara mudahnya program Score A akan:

• Membantu para pelajar bersedia menghadapi peperiksaan secara efektif dan mencapai kecemerlangan “A”
• 100% mengikut sukatan pelajaran Malaysia masa kini
• 100% pembelajaran output yang menarik minat pelajar
• Latih tubi yang interaktif & terbukti berkesan
• Mengandungi lebih 250,000 bank soalan & sentiasa di kemas kini
• Keputusan setiap game/latihan/peperiksaan terus ke telefon bimbit anda (sms report card)
• Mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan sokongan penuh dari PIBGN (Persatuan Ibubapa Guru Nasional) sebagai PELENGKAP KEPADA SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA!!!

Liputan Silibus Score A
Sekolah Rendah (Tahun 1 -6)
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris
3 Matematik (Tahun 1 - 3 dalam Bahasa Inggeris)
4 Sains (Tahun 1 - 3 dalam Bahasa Inggeris)
5 Bahasa Cina

Sekolah Menengah (Tingkatan 1 -3)
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris
3 Bahasa Cina
4 Geografi
5 Sejarah
6 Matematik (Bahasa Inggeris)
7 Sains (Bahasa Inggeris)


(Silibus Tingkatan 4 dan 5 akan di lancarkan pada pertengahan tahun 2009)

Anak score A Ibu bapa score RM……Macamana tu?

Bukan sekadar memastikan anak anda mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, tapi dengan mempromosi program Score A ini anda berpotensi menjana pendapatan. Dengan latihan berterusan dan sistem sokongan yang mantap anda boleh menjadi usahawan e-pendidikan Score A yang berjaya.

Saya akan membantu anda. Ini janji saya.


Cuba anda bayangkan peluang yang sangat hebat ini:
• Modal kecil sekali seumur hidup & tiada risiko
• Sangat mudah & masih baru
• Kursus & sistem sokongan yang mantap
• Strategi yang berkesan untuk menjamin kejayaan anda
• Saiz pasaran 5 juta pelajar sedia ada dan berkembang 500,000 pelajar setiap tahun (kemasukan tahun 1)
• Kadar penolakan yang rendah…..sebab ianya PROGRAM PENDIDIKAN
• Tiada saingan…..sebab kami menawarkan PROGRAM PENDIDIKAN
• Syarikat yang pertama sebagi peneraju dalam portal e-Pendidikan
Berminat? Dapatkan penerangan percuma dari saya!

SILA SMS SEKARANG!
MINAT KE 013-3845811
ATAU
UNTUK PERTANYAAN,
EMAIL KE > mfa011@yahoo.com

Kesimpulannya:
√ Jika anda mahu anak anda mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan,
saya boleh membantu anda.
√ Jika anda mahu membantu anak rakan-rakan anda cemerlang dan memperoleh ganjaran kewangan yang lumayan,
saya boleh membantu anda.
√ Jika anda mahukan kedua-dua di atas, sudah pasti
saya boleh membantu anda.





Thursday, March 26, 2009

Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.

Pelaburan emas, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya.

Assalamualaikum dan salah sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap semuanya sihat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2009. Semoga tahun 2009 membawa lebih banyak rezeki kepada kita.

Untuk pengetahuan anda semua, apabila tirai 2009 dibuka, terdapat 2 berita menarik yang dipaparkan di akhbar tempatan berkenaan pelaburan emas. Satu berkenaan penipuan syarikat yang menawarkan pelaburan emas menggunakan syiling Kijang Emas dan yang kedua ialah berkenaan Etika Emas.

.1. Harian Metro 3 Januari 2009

Tajuk: Pelaburan syiling emas Kijang: 53 pelabur berputih mata.
(Klik untuk baca kat Harian Metro Online)

Klik untuk besarkan

2. Berita Minggu 4 Januari 2009

Tajuk: Simpan emas lebih untung: Etika Emas tawar skim simpanan emas
yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan.
(Klik untuk baca kat Berita Harian Online)


Klik untuk besarkan

Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

Apakah itu:

1. Pelaburan emas.
2. Menyertai skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan diantara ketiga-tiga perkara diatas.

Pelaburan emas.

Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangkamasa panjang. Harganya pula adalah hampir dengan harga emas pasaran dunia.

Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

Terdapat 2 jenis pelaburan emas iaitu:

1. Membeli emas fizikal
2. Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank atau Maybank)

Emas fizikal untuk tujuan pelaburan ialah seperti Syiling Kijang Emas, syiling emas yang dijual UOB Bank, Gold Bar (PAMP Suisse/Public Gold/Poh Kong) dan Dinar Emas Kelantan. Untuk maklumat lanjut sila refer posting ini:

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/anugerah-juara-pelaburan-emas-2008-musim-pertama/

Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.

Skim Pelaburan Emas.

Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

Untuk artikel ini, saya tak fokus kepada mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Kalau nak tahu, better saudara refer kat forum jutawanemas di sini:

http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/

Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas. Namun disini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.

Oh ya! Jika anda mengetahui mana-mana syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, sila letakkan di bahagian komen ataupun forum. Maklumat ini perlu dikongsikan bersama.

Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, disini saya ada sedikit panduan untuk anda:

Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.

1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas.
anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/
Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi?

3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos
sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan
mengurangkan keuntungan pelabur.

4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga.
Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan
tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur.
Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda
kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI!
Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

6. Exit cost - setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda?
Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

7. Cuba kira kerugian anda dalam ‘worst case senario’
Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen,
minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali.
Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah
di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI.
Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat.
Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko.
Nanti tak tidur lena lah jawabnya…

Faktor risiko.

Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.

Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat loan untuk menyertai program-program pelaburan emas.

Anda boleh rugi besar :(

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

Ok, last sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya:
.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.

3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda joint sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.

4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisyen. Lebih ramai, lebih income.

5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 10% sebulan

6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

Kesimpulan:

Adalah penting bagi anda menjadi seorang pelabur yang bijak.

Dengan memahami 3 jenis pelaburan emas ini, saya harap anda tahu yang manakah satu anda boleh joint dan yang mana satu perlu dielakkan.

Jika anda ada maklumat berkenaan syarikat yang menawarkan pelaburan emas, sila kongsikan di bahagian komen dan juga forum jutawanemas.com

Terima kasih.

Why invest in Gold?

In the opinion of many of the worlds leading financial and economic experts, gold is in the early stage of a massive, long-term bull market. If gold were to reach, in real dollar terms, the price it reached in 1980, it would get to over $2000 an ounce.

To understand gold's future, you have to look at the past.

As the chart shows, from 1971 to 1980, gold skyrocketed from $40 an ounce to a high of $842. The main reason that happened was a loss of faith in the US dollar. No one wanted to hold dollars.

Price of Gold from 1970 to 2005

As you can see in the chart below, the value of the dollar has plummeted by over 30% in the last few years.

The US Dollar from July 2000 to November 2006

Why is this happening?

All you have to do is look at the overall picture. The US has . . .

a) A record budget deficit
b) A record trade deficit
c) A record national debt
d) A record credit card debt
e) A record consumer debt
f) A record mortgage defaults

And for the first time since the great depression, a negative rate of saving. That means people are borrowing to survive. Add to all this . . .

a) Millions of lost jobs in the manufacturing sector
b) Unfunded US federal pension and Medicare liabilities of $43 trillion
c) A housing bubble about to burst
3) A true inflation rate of 6% to 8%

And there's much more trouble on the horizon, like higher and higher oil prices, an unregulated $170 trillion unregulated global derivative market, described by Warren Buffet as "financial weapons of mass destruction" and trillions of dollars of unfunded corporate pension liabilities.


All of this has led to what we've seen . . .

The US dollar from July 2000 to November 2006

Which resulted in this:-

Spot Price of Gold July 2000 to November 2006

These are the indicators that serve as the foundation for our belief in a bullish gold market.

Tatacara Gadaian

Tatacara Gadaian di Agrobank








Skim Ar-Rahnu


Bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan iaitu pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000. Pinjaman yang diberi hendaklah bercagar. Cagaran yang diambil adalah barang kemas. Barang kemas ini disimpan oleh Bank berdasarkan Al-Wadiah Yad Dhamanah dan dijamin keselamatannya. Barang kemas yang disimpan dikenakan sedikit upah (Al-Ujrah).

Kelayakan

Terbuka kepada semua individu atau bukan individu warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.

Had Kemudahan/Gadaian

Maksimum RM50,000 @ RM10,000 / hari
Minimum RM100

Tempoh Kemudahan/Gadaian

6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).

Jenis Barang Gadaian

Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti :

Rantai,Subang,Cincin,Gelang tangan dan Gelang kaki,Kerongsang ,Lain-lain
Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank

Kadar Upah Simpan
Penebusan Gadaian

Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.

Lanjut Tempoh Gadaian

Bawa Surat Akuan Gadaian dan bayaran upah simpan

Kehilangan Surat Akuan Gadaian

Bawa surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan salinan Surat Akuan Gadaian akan diberikan tanpa caj tambahan.

Maklumat lanjut sila rujuk website di sini

Tatacara Gadaian di Bank Rakyat


Gadaian di Bank Rakyat terbahagi kepada 2 jenis skim
a) Gadaian Ar Rahnu (Sekiranya jumlah pinjaman di bawah RM 5,000.00)
b) Gadaian Az Zahab (Sekiranya jumlah pinjaman RM 5,001.00 hingga RM 50,000.00)

1) Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
2) Tidak Muflis
3) Menggunakan konsep Al wadiah dan Qardul Hassan
4) Emas yang diterima adalah 18k-24k

a) Gadaian Ar rahnu:
a)Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
b)Tempoh pembayaran sehingga 6 bulan sahaja. Walaubagaimanapun tempoh pembayaran boleh di tangguhkan sehingga gandaan 6 bulan dengan syarat upah simpan perlulah di jelaskan.
c)Setiap barangan yang disandarkan tidak boleh melebihi nilai RM 5,000.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 25,000.00.

b) Gadaian Az-Zahab
a)Pinjaman sebanyak 65% dari jumlah harga emas yang digadaikan pada hari itu (Marhun).
b)Setiap barangan yang disandarkan tidak melebihi nilai RM 5,001.00 sehari dengan jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 50,000.00.
c) Pembayaran balik pinjaman adalah selama 36 bulan atau secara lumpsum dalam tempoh 6 bulan.
Jadual upah simpan yang dikenakan setiap pinjaman yang diberikan adalah seperti berikut:

Sumber:
http://www.bankrakyat.com.my/arrahnu
http://www.bankrakyat.com.my/web/guest/azzahab

Tatacara Gadaian di Ar Rahnu-Skim Mikro Kredit






1. Perkhidmatan ini dibuka kepada semua individu atau bukan individu permastautin yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Jumlah pinjaman sehingga 60% dari nilai barang sandaran (marhun).

3. Barang-barang sandaran (marhun) yang terdiri daripada barang-barang emas sahaja diterima.
4. Penggadai dikenakan upah menyimpan barang gadaian (marhun) dengan kadar sebagaimana berikut:


5. Gadaian dikira sah dan sempurna (Ijab & Qabul) apabila penggadai dan pemegang gadai serta saksi menandatangani surat gadaian menandakan telah bersetuju menerima syarat-syarat yang dikenakan.

6. Tempoh gadaian adalah selama enam bulan dari tarikh gadaian. Bagaimanapun penggadai boleh memohon melanjutkan tempoh gadaian mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak sehingga 6 bulan lagi.



7. Jika penggadai gagal menebus, Ar Rahn akan mengeluarkan “Notis Lelong” sebelum menjual marhun secara lelongan oleh pelelong berlesen.

8. Baki harga lelong akan dikembalikan kepada penggadai, sesudah ditolak jumlah hutang, upah, kos.

Wednesday, March 25, 2009

Selamat Datang ke blogspot perbincangan berkaitan idea business

Assalamualaikum Wbth,

Salah satu daripada bidang business yang saya jalankan ialah berkaitan emas

Why invest in Gold?

In the opinion of many of the worlds leading financial and economic experts, gold is in the early stage of a massive, long-term bull market. If gold were to reach, in real dollar terms, the price it reached in 1980, it would get to over $2000 an ounce.

To understand gold's future, you have to look at the past.

As the chart shows, from 1971 to 1980, gold skyrocketed from $40 an ounce to a high of $842. The main reason that happened was a loss of faith in the US dollar. No one wanted to hold dollars.

Why is this happening?

All you have to do is look at the overall picture. The US has . . .

a) A record budget deficit
b) A record trade deficit
c) A record national debt
d) A record credit card debt
e) A record consumer debt
f) A record mortgage defaults

And for the first time since the great depression, a negative rate of saving. That means people are borrowing to survive. Add to all this . . .

a) Millions of lost jobs in the manufacturing sector
b) Unfunded US federal pension and Medicare liabilities of $43 trillion
c) A housing bubble about to burst
3) A true inflation rate of 6% to 8%

And there's much more trouble on the horizon, like higher and higher oil prices, an unregulated $170 trillion unregulated global derivative market, described by Warren Buffet as "financial weapons of mass destruction" and trillions of dollars of unfunded corporate pension liabilities.

Masalah Wang Kertas

Masalah Wang Kertas

Perhatikan beberapa masalah berikut:

1) Wang kertas jika disimpan di rumah (dalam tabung atau di bawah tilam misalnya) akan disusut nilai oleh kuasa pasaran lebih-lebih lagi jika disimpan untuk jangka masa yang lama. Dalam keadaan sekarang sekiranya dibandingkan dengan dolar Amerika Syarikat, wang tersebut boleh disusut nilai dalam tempoh sehari malahan sejam sahaja. Di Indonesia susut nilai rupiah didapati sehingga beratus-ratus peratus (Utusan Malaysia 1998c).

2) Jika demikianlah sifat nilai wang yang disimpan di rumah, ini bererti kita 'terpaksa' menyimpan wang di bank kerana di situ lazimnya wang akan ditokok tambah melalui faedah. Oleh itu susut nilai boleh dielakkan menurut kadar semasa yang diberikan oleh pihak bank. Ini bermakna kemungkinan faedah yang kita dapat dari bank bukanlah keuntungan tetapi 'adjustment' untuk susut nilai yang berlaku.

3) Kemungkinan juga wang yang disimpan di bank pun tidak selamat dari susut nilai yang berlebihan. Malahan wang kertas kita boleh lupus langsung kerana sama ada akaun dibekukan atau bank ditutup. Keadaan itu sudah menjadi agak lazim sekarang di beberapa negara luar. Faedah 100% setahun pun sudah tidak bermakna lagi apabila susut nilai wang semakin menjadi-jadi. Di negara jiran wang disusut nilai melebihi 600% (Utusan Malaysia 1998c).

4) Apabila kita meminjam RM1000 dari sahabat kita dan kita pulangkan RM1000 itu selepas 10 tahun sebagai contoh, kita katakan tiada riba. Dari segi kuantiti memang betul tiada riba. Tetapi 10 tahun lagi RM1000 tidak mempunyai nilai atau kuasa membeli yang sama. Tentulah tidak adil peminjam membayar pada kadar yang sama sebegini walaupun tidak digelar riba.

Contoh-contoh di atas dapat dikaitkan dengan kenapa zaman sebelum merdeka dahulu kita boleh bercakap tentang setengah sen dan suku sen. Menurut pakar ekonomi, perkara ini berlaku kerana faktor inflasi. Tetapi mengikut takrifan Adam Smith (George J W Goodman 1982) di dalam bukunya Paper Money, inflasi bermakna cukai tersirat yang disebabkan oleh lebihan wang kertas yang tercetak.

Sayugia diingatkan bahawa wang kertas seperti dolar Amerika Syarikat dahulunya bersandarkan emas. Setiap cetakan wang kertas mestilah bersandarkan jumlah emas yang tertentu. Dengan demikian wang kertas yang kita gunakan sebenarnya ialah resit untuk kita tuntut emas dari pihak yang berkenaan. Kertas ini dijamin oleh kerajaan biasanya dengan tulisan 'sah diperlakukan' sebanyak mana yang tercatit di atasnya. Resit ini sebenarnya jarang kita guna untuk menuntut emas tersebut. Sebagai contoh pada muka hadapan wang kertas 10 dolar Amerika Syarikat siri 1928 ada tercatit " Redeemable in gold on demand at The United States Treasury............." (Peter Kershaw 1994).


Sejak Ogos 1971 Presiden Nixon telah memutuskan hubungan di antara emas dengan wang kertas dolar Amerika Syarikat. Ketika itu pihak Amerika Syarikat memerlukan belanja yang banyak untuk membiayai perang di Vietnam. Keputusan itu dibuat kerana tuntutan dari negara-negara yang menyimpan dolar untuk mendapatkan emas sudah melebihi emas yang ada di dalam simpanan. Semestinya ini berlaku kerana lebihan cetak wang kertas. Keadaan ini menyebabkan negara Amerika Syarikat tergugat kerana peras ugut melalui tuntutan emas (Adam Smith 1982, Kurtzman 1993).

Tanpa piawaian emas, pihak bank Amerika Syarikat bebas mencipta wang melalui cetakan wang kertas tanpa ikatan dengan simpanan emas lagi. Maka wang kertas dolar pun menjadi wang spekulasi kerana tiada sandaran emas lagi. Semua wang kertas di dunia yang mengambil dolar sebagai bandingan pun turut tiada bersandaran emas.

Kurtzman berkata keputusan yang dibuat Nixon telah menjadikan wang yang asalnya suatu yang benar dan nyata kepada suatu abstraksi tersimpul atau twisted abstraction (Kurtzman 1993). Dalam buku yang sama dikatakan bahawa wang kertas itu masih lagi suatu nota janji untuk pembayaran tetapi pembayaran apa kepada siapa? (It is still a promise to pay. But to pay what to whom?)

Menurut James Dines, penulis buku Mass Psychology, tindakan memarahi spekulator mata wang masih lagi belum mencukupi kerana katanya ini adalah suatu low state of blame selagi kita belum mempertikaikan sistem mata wang kertas itu sendiri dan kembali kepada emas dan perak semula (Dines Letter 1997). Mata wang kertas bukan sahaja nilainya mengikut sentimen dan boleh diberi indeks bandingan lalu diperjudikan bahkan boleh dipaksa menyatakan nilai yang palsu tanpa menurut apa yang dipanggil fundamentals.

Wang kertas telah menjadi semacam sistem kepercayaan psikologi terhadap nilai yang tertera di atasnya dan nilai tukaran yang dipaksa oleh kuasa pasaran.

Bagaimana menglangsaikan hutang kad kredit dengan membeli emas?

Kad kredit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan.Kini terdapat semakin banyak syarikat yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa,dan Master Card.

Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara. Di samping itu, beliau juga turut meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kredit ni negara kita akan bertambah pada tahun-tahun yang akan datang.

Menurut kajian yang pernah dibuat oleh mahasiswa Universiti Utara Malaysia, lebih 35 peratus daripada pemilik kad kredit mengalami masalah beban hutang yang teruk sehingga ada antara mereka yang diistiharkan muflis kerana tidak dapat menjelaskan hutang-hutang mereka. Keadaan ini mungkin berlaku kerana pemilik kad tersebut tidak sedar bahawa kad yang digunakan itu sebenarnya ialah wang, bukannya plastik yang tidak bernilai.

Jadi persoalannya; Bagaimana dapat melangsaikan hutang dari kad credit yang tertunggak dengan membeli emas?

Okay, saya harap apa yang saya nak katakan ini memberi sedikit sebanyak info atau cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan hutang kad credit anda yang tertunggak.

Saya juga seperti anda. Saya juga mempunyai kad credit seperti anda. Memang tabiat kebanyakan orang pabila menerima bill kad credit, lebih suka membayar minimum payment daripada membayar 100% outstanding amount yang tertera pada bill tersebut.

Jadi, kesan daripada pembayaran minimum payment anda itu akan menyebabkan jumlah outstanding anda akan dikenakan interest 1.5% monthly dari baki outstanding anda itu . Jadi, ianya akan accumulated sehingga lah anda menjelaskan kesemua hutang kad credit tersebut. Paling menyedihkan, anda juga akan dikenakan compounding interest sekiranya gagal untuk membayar bil pada bulan itu (bagi yg menggunakan kad credit konvensional). Lagi menyedihkan lagi sekiranya anda gagal untuk menyelesaikan hutang kad kredit tersebut dan di istiharkan sebagai muflis.

Memang tabiat manusia sayangkan harta. Mereka lebih suka menangguh pembayaran daripada menyelesaikan hutang sekali gus. Maksud hafiz di sini, katakan si A mempunyai hutang kad kredit sebnyak RM4,000.00. Pada masa yang sama si A mempunyai sejumlah wang bernilai RM 6,000.00. Jadi, Si A ni lebih suka membayar atau melangsaikan hutang yang RM 4,000.00 itu secara ansuran daripada membayar secara sekali gus. Maklumlah sayang duit. Bukannya senang nak kumpul RM6,000.00 dan nak digunakan bayar hutang kad kredit RM4,000.00 sekaligus? Mungkin si A akan berkata, lebih baik aku byr minimum payment dari bayar secara sekaligus.

Tetapi si A silap, sekiranya si A membayar secara ansuran kad kreditnya dgn pembayaran minima, maka accumulated interest akan meningkat dari saban hari ke saban hari. Maka sampai mati pun takan habis.

Jadi solusi yang boleh di buat oleh si A, adalah seperti berikut. Dengan wang RM6,000.00 yang diperolehinya itu, di gunakan untuk membeli emas. Kemudian, gadaikan emas itu di bank rakyat. Maka duit gadaian itu hendaklah digunakan untuk melangsaikan hutang kad kredit anda. Dan jangan lupa pula untuk meneubus kembali emas yang anda gadaikan itu. Tapi orang mungkin persoal kan..still kene bayar jugak!!! so apa bezanya dengan hutang kad credit?

Bezanya di sini, duit yg anda dapat dari hasil gadaian emas anda tu, tidak dikenakan interest. Jadi anda kene bayar upah simpan sahaja selama 6 bulan.

Minimum payment tidak ditetapkan. Sekiranya anda masih lagi tak dapat nak tebus selepas 6 bulan, anda hanya perlu byr upah simpan sahaja, dan extend lagi 6 bulan, selepas 6 bulan, still tak dapat bayar lagi? extend lagi 6 bulan dengan syarat bayar upah simpan sampailah anda dapat tebus emas anda. Hikmah disini ialah anda dapat membeli emas dan hutang anda di selesaikan dengan mudah. Fasiliti gadaian yang saya syorkan adalah Bank Rakyat.



Related Posts with Thumbnails