Friday, May 1, 2009

Pengiraan Kadar Upah Simpanan di Bank2 Tempatan

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركات

Kali ini saya akan menunjukkan anda pengiraan untuk simpanan gadaian di Bank2 tempatan seperti di Agro Bank, Bank Rakyat & Ar-Rahnu.

1. Agro Bank

Sila rujuk syarat2 di sini

Kadar Upah Simpanan
Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Bagi Setiap RM100 Nilai Marhum(Bukan atas nilai pinjaman)

Kadar Pinjaman 6 Bulan(%) Setahun(%)
50% RM0.50 3% 6%
60% RM0.60 3.60% 7.20%
70% RM0.70 4.20% 8.40%


2. Bank Rakyat

Sila rujuk syarat2 di sini

Kadar Upah Simpanan
Margin Pinjaman Kadar Upah Sebulan Bagi Setiap RM100 Nilai Marhum(Bukan atas nilai pinjaman)
Kadar Pinjaman ialah 65% Nilai Marhum

Kadar Pinjaman
6 Bulan(%) Setahun(%)
Kurang RM1k
RM0.65 3.90% 7.80%
RM1001 - RM5000 RM0.75 4.50% 9.00%
RM5001 - RM50000 RM0.75 4.50% 9.00%

* Kalau mengikut kadar di atas Agro Bank menawarkan upah simpan yang murah tetapi mengikut syarat2 gadaian yg dinyatakan di dalam websitenya. Bank Rakyat pula sedikit mahal tetapi tak perlu risau sebab setiap 6 bulan boleh sambung so tak perlu risau sekiranya terlupa atau tak cukup duit utk tebus balik.

7 comments:

  1. Sila pastikan keuntungan anda lebih daripada 10% sekiranya menggunakan kaedah pajak emas ini.

    ReplyDelete
  2. Setakat ni saya pajak kijang emas di Agro Bank utk pertama kali dapat 60% daripada nilai marhum(nilai harga semasa emas). Maksimum pinjaman ialah 70% daripada nilai marhum.

    ReplyDelete
  3. mmg betul pengiraan ko dil.. profit rate upah simpan tuh mmg lebih kurang sama dgn profit rate personal financing-i.. tp yg bestnya loan amek, tp takyah byr monthly installment.. just byr profit rate jerr dulu setiap 6bln.. emas naik harga 25% boleh tebus & jual.. hehehe.. besh blog ko nih.. bg more input idea2 best.. good luck.. keep up good work, bro..

    ReplyDelete
  4. Agro Bank Ar-Rahn memberi 3 pilihan margin pinjaman, 50%, 60% dan 70%... upah simpan lebih rendah jika memilih margin pinjaman yang rendah... tempuh pajakan pula 6+3+2

    Bank Rakyat Ar-Rahnu memberi margin pinjaman sebanyak 65% dan tempuh pajakan yang lebih panjang 6 bulan boleh disambung 6 bulan, atau sehingga ditebus kembali...

    ReplyDelete
  5. Informasi drp Agro Bank semua Gold Bar & Coin dibekukan disebabkan oleh kes skim emas baru2 ini.
    Rate baru gadaian emas di Agro Bank ialah 65% drp nilai marhum(3 kali gadaian) dan upah simpan adalah sebanyak 65sen setiap RM100

    ReplyDelete
  6. salam
    Aduh aku kurang paham dari mana dptnya keuntungan jika di pajak kan ke ar rahnum?..jika beli emas RM100 dan pajakan ke ar rahnum dpt 60% nilai emas tersebut, kita hanya dapat RM67 nilai pajakan..So kalau tidak ditebus dlm jangka masa 6 bulan kan rugi?, ditambahkan lagi terpaksa bayar duit upah simpan..minta perjelasan..

    ReplyDelete
  7. Razizul,

    Sebenarnya kaedah pajakan ialah untuk mendapatkan lebihan wang setelah kita pajak emas yg kita ada.
    Dengan andaian bahawa kenaikkan emas setahun iaitu dalam 20-30% & kiraan upah pajak ialah 0.65% so setahun upah pajak dalam 7.8%. Keuntungan akan didapati setelah mendapat kenaikkan setahun harga emas tolak upah setahun pajak. Cth 30% - 7.8% = 22.2%.

    Sentiasa pajak apabila harga emas rendah & jual balik emas apabila dapat profit lebih drp % pajak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails