Friday, May 14, 2010

Bank Negara naikkan kadar faedah 0.25 peratus

sumber http://www.bharian.com.my
2010/05/14

BANK Negara Malaysia menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus sejajar langkahnya mengembalikan keadaan moneteri negara kepada kedudukan lebih wajar.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank pusat itu dalam mesyuaratnya semalam memutuskan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus daripada 2.25 sebelum ini.
Berikutan itu, kadar terendah dan tertinggi koridor OPR masing-masing turut dinaikkan kepada 2.25 peratus dan 2.75 peratus.
OPR adalah penanda aras yang digunakan oleh bank tempatan bagi menentukan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing. Purata BLR bank tempatan ketika ini adalah pada kadar 5.8 peratus.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata di sebalik kenaikan dalam OPR itu, paras kadar faedah dalam negara akan kekal akomodatif dan menyo-kong pertumbuhan ekonomi.

“Pada paras OPR yang baru ini, pendirian dasar monetari akan kekal dapat menampung dan menyokong pertumbuhan ekonomi,” katanya pada sidang media mengumumkan perkembangan ekonomi negara dalam tempoh suku pertama 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

Mengenai sama ada Bank Negara akan terus meningkatkan kadar faedah ke paras sebelum berlakunya krisis kewangan 2008, beliau berkata, ia akan dinilai oleh MPC pada setiap kali mesyuaratnya.
Mesyuarat MPC berikutnya adalah pada Julai ini, katanya.

“Dasar kadar faedah sudah pasti menjadi pertimbangan utama dan proses untuk mengembalikannya ke paras normal turut bergantung kepada kedudukan ekonomi sama ada dapat bertahan pada masa depan.

“Ekonomi negara ketika ini berada pada kedudukan yang kukuh dan berada pada laluan pemulihan. Kami jangkakan ini akan kekal dalam suku berikutnya,” kata Zeti

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails