Friday, August 20, 2010

FAQ for Dinar Kelantan 1431



From Mazli Alias(facebook)

Apakah itu Dinar Kelantan?

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkanoleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25.Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha MuliaAl-Sultan Kelantan yang ke-57; dinarKelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.



Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengancorak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasaRM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.



Apakah itu Dirham Kelantan?

Dirham Kelantan ialah koin perak syariah dilancarkan olehKerajaan Negeri Kelantan. Ianya mula diperkenalkan pada 12 Ogos 2010 dalam dominasi 1, 2, 5, 10 dan 20 dengan harga semasa RM13, RM26, RM65, RM130 danRM260.



Apakah Kegunaan Dinardan Dirham Kelantan?

Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untukmenyempurnakan ibadah zakat, bayaran mas kahwin, simpanan dan hadiah. Ianya jugaboleh berfungsi sebagaimedium pertukaran sukarela untuk barangan ataupun perkhidmatan.



Dimanakah bolehdiperolehi koin Dinar dan Dirham Kelantan?

Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut.



Dimanakah Dinar danDirham Kelantan boleh dibelanjakan?

Sila rujuk laman web ini http://www.dinarkel.comuntuk/ maklumat lanjut atau lihat pedagang yang mempamerkan logo "Kami TerimaDinar dan Dirham".



Apa kaitan Dinar danDirham Kelantan sebagai matawang Syariah?

Dinar dan Dirham Kelantan dikatakan matawang syariah keranaianya halal menurut syarak. Dinar dan Dirham Kelantan menggunakan PiawaianKhalifah Umar Al-Khattab. Piawaian ini menetapkan hubungan dinar-dirham sebagaiberat 7 koin 1 dinar bersamaan dengan berat 10 koin 1 dirham. Secara amnyaberat 1 dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%); manakala 1 koin dirhambersamaan 2.975g perak tulen.



Benarkah perkataan Dinar& Dirham ada di dalam Al Quran?

Perkataan dinar dan dirham disebut didalam Al-Quran pada:

Surah Imran (3):75 yang bermaksud "Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkandia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengansempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkanmenyimpan sedinar pun, ia tidak akanmengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kamimenanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi", dan mereka pula selaluberkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalahberdusta).";

Surah Yusuf (12):20 yang berbunyi "Dan (setelah berlakuperundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya dan merekaadalah orang-orang yang tidak menghargainya."



Bolehkah Kalimah Syahadah digunakan pada Dinar danDirham?

Boleh. Kalimah syahadah telah mula digunakan semenjak dinarmula-mula ditempa oleh Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan pada 120H. Denganmenempa kalimah tersebut melambangkan syiar Islam dan deklarasi iman dalamsetiap keping dinar dan dirham.



Berikan contohpenggunaan dinar dan dirham di zaman Rasul s.a.w?

Contoh penggunaan dinar oleh Rasul s.a.w.

Hadits daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliauberkata: "Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memberinya satu dinaruntuk membeli seekor kambing, lalu ia membeli untuk Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga satudinar dan membawa satu ekor kambing dan satu dinar kepada Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam. Lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam mendoakannya: "Dia (Urwahini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga" (HR. Abu Dawud (2810) danAt-Tirmidzi (1/287))



Contoh penggunaan dirham oleh Rasul s.a.w.

Abu Salamah menceritakan, "Aku pernah bertanya kepadaAisyah RA, "Berapakah mahar Nabi SAW untuk para isterinya?" Aisyahmenjawab, "Mahar beliau untuk para istrinya adalah sebanyak 12 uqiyah dansatu nasy." Lalu Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu uqiyahitu?" Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Empat puluhdirham." Aisyah bertanya, "Tahukah kamu, berapa satu nasy itu?"Aku menjawab, "Tidak." Aisyah menjawab, "Dua puluh dirham."(HR. Muslim).



Berikan contoh kaitandinar dan dirham dengan Hukum Syarak?

Contoh dari segi zakat ialah nisab atau ukuran zakat ialah ½dinar bagi setiap 20 dinar dan 5 dirham bagi setiap 200 dirham; yang cukup haulnya. Manakala hudud dijalankan dalam kes kecurian yang nilainyamelebihi ¼ dinar.



Apakah kaitanPemerintah dengan Dinar dan Dirham?

Dinar dan dirhamberkait rapat dengan kerajaan. Ini diperhatikan dalam Surah An-Nisa: 59: "Wahaiorang yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan patuhlah kepada Pesuruh Allah danmereka yang memerintah kamu." (An-Nisa (3):59)



Menurut Al-Qurtubi dalam Tafsir Al-Quran beliau, ayattersebut merupakan perintah supaya umat Islam taat kepada pemerintah dalamtujuh perkara. Perkara pertama ialah penempaan dinar dan dirham; dan enam yanglainnya ialah penetapan berat dan ukuran, keputusan mahkamah, haji, Jumu'ah,dua Hari Raya dan Jihad. Dalam kata lain, urusan dinar ialah urusan agama Islam dankedaulatan daulah Islam. Penggunaan dinar melambangkan kepatuhan kepadaperintah Allah, bukan semata-mata urusan ekonomi.



Apakah Dinar DanDirham Kelantan sahaja yang boleh dijadikan matawang?

Tidak semestinya. Di sepanjang sejarah manusia terdapatpelbagai komoditi yang digunakan sebagai wang. Komoditi di atas termasuklahbinatang ternak, bijirin, manik-manik, cengkerang, rokok, tembaga dan perak. Emasdan perak telah terpilih sejak berzaman sebagai matawang kerana mempunyaiciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagi, mudahdibawa, diterima khalayak ramai dan tidak mudah dimusnahkan. Imam Malik didalam Kitab Al-Muwatta menjelaskan bahawa wang ialah apa-apa komoditi yanglazimnya diterima pakai sebagai bahan pertukaran.



Adakah Koin KijangEmas sama dengan Dinar Kelantan?

Tidak sama. Spesifikasinya berbeza daripada Dinar Kelantan.Kijang Emas ialah koin emas seberat ¼, ½ dan 1 troy ounce yang dilancarkan BankNegara Malaysia sekitar Julai 2001. 1 troy ounce adalah bersamaan 31.1 g.



Benarkah wang kertasseperti dolar Amerika, Yen Jepun dan ringgit Malaysia 100% disandarkan danboleh disaling-tukar dengan emas?

Tidak benar. Berdasarkan sistem kewangan dunia kini, tiadasatu pun mata wang nasional yang bersandarkan emas. Wang kertas hanya bolehditukar dengan wang kertas yang lain. Sebagai contoh; jika seseorang ke bankpusat seperti Bank Negara Malaysia untuk menukarkan sekeping wang $100, beliauakan diberikan SAMA ADA 2 keping wang $50 ATAU 10 keping wang $10; ATAU 100keping wang $1 tetapi tidak sama sekali ditukarkan dengan emas.



Adakah Dinar Kelantansejenis Wang Fiat?

Dinar Kelantan bukan wang fiat, ianya alat tukar sukarela . Wangfiat adalah wang yang nilainya dikuatkuasakan oleh undang-undang. Wang fiatmenjadi wang sah melalui perintah atau paksaan kerajaan. Ini kerana wang fiatdiperakukan sebagai medium pertukaran dan medium melangsaikan hutang dari segiundang-undang Negara melalui . Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakansimbol komoditi atau janji kerajaan Wang fiat sesuatu negara tidak menjadi wang sah di luar sempadannya. DinarKelantan boleh diterima di mana saja, asal saja ada kesudian pembeli danpenjual.



Dinar Kelantan ialah koinemas, bukankah Ringgit disandarkan kepada emas?

Sandaran kepada "wang kertas BNM" atau lebihdikenali sebagai Ringgit adalah wangkertas yang lain; seperti Dollar Amerika, Yen Jepun, Euro dan seumpamanya. Emascuma merupakan sebahagian kecil daripada rizab BNM, kurang daripada 2% (Cuma RM1.51b daripadaRM94.77b; setakat 30/06/2010)



Mengapa perlu umatIslam beralih daripada wang kertas atau wang fiat kepada koin dinar sepertiDinar dan dirham Kelantan?

Mengapa tidak? Penggunaan dinar serta dirham adalah antarasunnah Rasul s.a.w. Selain daripada berpeluang mengikuti jejak langkah baginda,umat Islam dapat disatukan melalui penggunaan dinar yang tidak mengenalsempadan. Corak tempaan dinar mungkin berbeza-beza tetapi berat dan ketulenannyaadalah serupa di serata pelusuk daulah Islamiah. Satu Dinar, Satu Ummah.



Muhamad Mazli Alias. Ramadhan 1431.



“Do or do not... there is no try.” - Master Yoda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails